Thursday, November 26, 2009

Kerja Gila!

update terpantas...


tadi pagi seronok bawak si dareen jalan-jalan, petang pukul 4 jumpe dentist, tyme die cabut2 getah, aku seronok ah bile fikirkan..."besok raye, cun ah tuka getah, sut baru...!",
entah kenapa aku harap aku akan pakai getah warne merah...
ye la, sok aku nak rembat pakai baju kebaya songket zatty warne maroon...


alah bukan aku nak melawa sgt pun, just sebab baju tu adalah aku dah pakai dalam
10-15 min sebab pegi makan kenduri beberapa hari lepas,
so ape pasal aku nak buang sabun Breeze, air dan letrik,
aku gantung je la, so nak pakai balik, nak melawa sakan pun x gune, 
bukan balik kg, percaya lah aku pakai 2-3 jam je, sok sure dah sarung seluar track nye,


hmmm siap je, nurse suruh tunggu, katenye nak ajar aku pakai sumthing. Excited!
"Haa nie pakai macam2, agaknye aku dah nak bukak kot bracess dlm mase terdekat"
Die suruh baring n tngok cermin. "Aikk apsal x nampak pun warne getah aku?"
"Ciiiisssssssssss...die buat kaler lutsinar pulak dah!". Kecewa.
"Tak pelah, dari warne hijau kan??" (kelakar biler pikir aku ngah try nak sut kan baju dengan warne getah braces...haha)



Sebijik camnie lah aku kena pakai!!!!!!!!!! Tapi niey bukak gigi aku lah...Damn lah kena pakai camnie till Jan 2010....


Then bile aku keluar je dari klinik tuh:
muke aku ketat semacam, air mate dah bergenang, aku rase sebak n pilu pulak tiba-tiba, telefon Jepp:


"Biey u taw x i kena pakai hari2 getah ikat gigi atas dengan bawah? getah tue ketat gile, sakit, x selesa, i even x leh bukak mulut luas, n susah nak cakap dan makan...i xtahan lah! crazy btul, i kne pakai camnie all the tyme...ingatkan tyme tdo je...i sedih", letak phone lap2 airmate.


Balik rumah, sume ejek2 aku cakap macam semacam, kdg2 tersasul, macam pelat pun ade, susah nak biasakan, cube bayang korang kena ikat gigi atas dengan bawah...damn nyeeeeeeeeeee! 


Tak sempat malam, aku cabut kejap, sakit nak mati rahang aku...Lepas mandi gosok gigi semua, aku amek dekat 10 minit pasang balik getah ku...siot lah, cube bayang kalo getah tuh ade lah bulatan die besar anak mata je...xke seksa gile nak pakai, ketat, kecik, adoiiiiiiiiiiiiiiiiii...emonye! 


"Kakak x makan malam ke?"
"Tak pe la mak, nak makan susah sakit hati, jap gi nak gosok gigi nak bukak lagi, pastu nak pakai balik pun amek mase..."


Esok raye kan? Muktamad! Selamat tinggal getah...aku nak makan besar2 esok, tambah2 pulak sok celebrate b'day Kak Eeja, aku yg tukang tempah Secret Recipe, pe hal pulak aku x makan kan?


Hmmm k la, semua, Selamat Hari Raya Aidiladha!



Tuesday, November 24, 2009

Ade Brader tuuu Kool giler!

Alamak. ko nie, bosan gile!
Sikit2 cakap berlapik sampai tebal tilam Vono yang di'double' kan.
Haha, masalahnye bukan sebab ko berlapiklah syaitan oii,
Masalahnye sebab aku 'detect' jugak, walau berlapik...aku kan ade sensor terhebat.
Ape aku buat semue kau sibuk2 comment ape hal? Hahaha....
Kau 'budget' gaya kau cool, dan aku pun kdg2 nampak kau macam cool jugak,
Cara kau cakap, cara kau tulis, cara kau bg pendapat, cara kau dengan aktiviti2 kau, memang cool habesss..
Sekali kan, aku baru perasan, kau suka menyibuk tepi kain orang macam makcik-makcik kg kunyah sireh mengumpat orang....(bukan semue mak cik ye?)
Haha, sah! ko mmg cool brader!/wahaha


p/s : semue org kan ade care msg2? aku lagi hormat orang yg buat guna cara die, lepas tue tak mengata cara org lain. Kau percaya semue ade prinsip lain-lain, yang pelik kau sendiri menggelabah comment cara org. 




Inilah aksi pemimpin diluar protokol

Utusan Malaysia, 22 Nov 2009

Bagi siapa yang membaca rencana penuh, Aksi Pemimpin Di Luar Protokol dalam Utusan Malaysia, ini ringkasan dan sedikit ulasan dari aku.


Ringkasan rencana tersebut, telah menyatakan perlakuan-perlakuan pemimpin yang memegang kuasa besar dunia, dihormati dan disegani. Antaranya adalah:


1. George W.Bush (mantan Presiden Amerika Syarikat).. 


-Kenyataan Bush dalam satu dsidang media berkaitan alam sekitar..."Saya tahu bahawa manusia dan ikan boleh hidup bersama dalam keadaan aman dan damai,". Kenyataan di atas jika diteliti kedengaran seperti ada yang tidak kena. Manusia dan ikan hidup bersama itu memang hakikat. Hidup "aman damai" macamlah sebelum ini manusia dan ikan pernah berperang.(CAKAP YANG TIDAK BERMAKNA)


-Pernah sekali beliau menyatakan bahawa AS memerlukan anggota tentera yang "buah dada" dan bijak (breast and bright) untuk "tinggal" dan berkhidmat demi negara.(TERLEPAS CAKAP)


-Dalam pertemuan dengan Ratu Elizabeth, Bush pernah menepuk bahu ratu tersebut selepas bersalaman. (PERLAKUAN TIDAK MENGIKUT AKAL YANG BIJAK)


- Dalam satu lawatan ke negara matahari terbit itu, beliau telah menyatakan mata wang Yen akan berhadapan dengan penurunan nilai (devaluation). Beberapa jam kemudian selepas pasaran saham Jepun jatuh teruk, seorang pegawai Bush menerangkan apa yang dimaksudkan beliau ialah deflasi mata wang Yen dan bukan penurunan nilai.(TERSALAH CAKAP DAN MUNGKIN KURANG PENGETAHUAN)


-Selepas memberikan ucapan di China boleh pula Bush memalukan diri kerana tersilap membuka pintu keluar.(PERLAKUAN TIDAK CUKUP BIJAK)


-Beliau melancarkan serangan terhadap Iraq atas alasan negara tersebut mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Hakikatnya tidak wujud pun senjata yang dikatakan malah maklumat perisikan yang diperolehi ternyata silap. (TIDAK RELEVAN , KURANG BIJAK DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB)





2. Barack Obama (Presiden Amerika Syarikat)


-Presiden Barrack Obama tunduk menghormati Maharaja Jepun, Akihito telah menimbulkan kemarahan pengkritik yang mengatakan pemimpin itu sepatutnya berdiri tegak ketika mewakili AS di negara luar.


-Presiden Obama melakukan perkara yang sama kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah




Pada pendapat saya, adalah satu keadaan yang normal sekiranya manusia melakukan kesilapan. Siapa yang tak pernah melakukan kesilapan kan? Namun begitu perlulah dititik beratkan status dan jenis kesalahan yang dilakukan oleh seseorang individu itu. 


Seperti yang kita tahu, Amerika Syarikat diterima dunia sebagai satu negara yang punya kuasa besar, maka tentulah pemimpinya seorang yang hebat dan gah orangnya. Namun begitu amatlah dikesali bilamana kesilapan-kesilapan kecil yang mana membolehkan menjejaskan nama baik dan imej negara begini dilakukan oleh pemimpin yang menjadi harapan rakyat. Orang ramai diseluruh dunia menilai tahap intelektual pemimpin itu daripada segi percakapan dan tindak-tanduknya. 


Jika dikaitkan apa yang cuba disampaikan perlakuan Bush bercakap sesuatu yang tidak bermakna, tidak masuk akal, terlepas cakap dan  tersalah cakap seolah-oleh mencerminkan tahap sebenar kelayakan Bush memegang jawatan sebagai Presiden AS.Begitu juga dengan tindak-tanduknya yang memalukan dan tidak mengikut protokol.





Bukan senang mahu menjadi pemimpin, perlakuan dari bukak mata sewaktu bangun pagi sehinggalah melelapkan mata dimalam hari adalah diperhati dan dinilai. Tidak kiralah samada kita adalah pemimpin AS ataupun tidak, samada kita memegang jawatan sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, mahupun Ketua Kumpulan Tutorial, atau apa saja. Maka jadilah seorang pemimpin yang baik.


Namun jika tidak memegang apa-apa jawatan, jangan sesekali berasa rendah diri atau berkecil hati. Anda semua masih belum terlepas daripada tanggungjawab sebagai pemimpin bagi orang Islam. Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kita semua sebagai khalifah dimuka bumi. Kita masing-masing punya peranan dan tanggungjawab dalam menjalankan amanah dan suruhan Tuhan. Jika tiada siapa pandang dan menilai anda, ingatlah bahawa Allah, malaikat kiri dan kanan sedang mencatat perlakuan anda. Kita semua adalah pemimpin!Jangan beraksi diluar protokol!